Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Jawi: ‏توانكو سيد سراج الدين ابن المرحوم توانكو سيد ڤوترا جمال الليل‎code: ms is deprecated ‎) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 17 April 2000 hingga sekarang. Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan anakanda kedua daripada 10 putera dan puteri Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Almarhumah Tengku Budriah Tengku Ismail.Pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006. Baginda dimasyhurkan Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim dari Kelantan.